Wednesday, April 14, 2010

♥ Terima kasih sahabat ♥

"Insan yg aku sayangi... andai hari ini engkau telah menemui 1 harapan,1 impian,1 cita2 yg selama ini engkau angankan,tahulah bahawa dicelah semua itu ada terselit doaku yg menyebut,,"ya allah ya tuhanku,ak pohon kpdamu,seandainya engkau telah menetapkan sesuatu yg tebaik utknya,makbulkanlah segala doanya..supaya segala ini dpt mengukir snyuman dwajahnya..hnya itu yg aku pinta...amin3.."

P/s: To Ezraff... Thanks tuk doa tue....

♥ Terbit pelangi seusai hujan ♥

15hb April 2010...

Dikala hati bermuram durja... Dikala jiwa meronta2... Dikala perasaan marah & kecewa menguasai diri... Dikala mata menitiskan air mata... Pagi ini, aku dikhabarkan dgn brita gembira... Benarlah kata pujangga, bahawasanya dikala Allah turunkan hujan, maka sesudah hujan itu melaksanakan tugasnya maka Allah kurniakan pelangi yang cukup indah untuk tatapan makhlukNya... Wajah keriangan jelas terpancar seiring dengan terbitnya sang Pelangi... Cukup indah... Subhanallah...

Begitulah juga dengan realiti kehidupan kita... Dikala kita diuji dengan pelbagai ujian dari Nya, Dia sudah merencanakan semua yg terbaek buat kita... Pelbagai ganjaran diberikan oleh Yang Maha Esa diatas kesabaran kita menghadapi ujian itu...

Alhamdulillah, aku telah tersenarai di dalam senarai beribu2 mereka yang akan menduduki ujian MEDSI... Terima kasih Ya Allah... Begitu bermakna hadiah Mu ini... Walaupun, aku belum tentu berjaya di dalam ujian ini, namun aku yakin Allah telah merancang sesuatu yg terbaek buat diri ku...

Semoga impian aku untuk menjadi seorang pendidik akan dapat aku realisasikan dengan berkat doa semua... Doakan kejayaan aku...

♥ Luahan hati seorang rakan ♥


hmm,,,, kdg2,, dipikirkan,, adakah hidup kita ini terpaksa menempuh liku perit,, pjalanan demi prjalanan... ku meniti kehidupan,, ngan pnuh ,, kesabran.. yg kian hari- kian pudar,,, x sanggup aku meneruskan ranjau kehidpan ini diatas,, apa yg telah tjadi,, di dpan mata ku sendiri,... ku cuba bangkit,,, ku cuba bangun,,, ku cuba bthan,,, namun,, apa...kah ini takdir,, ku,,

Note : Nukilan ini ialah hasil luahan hati dari rakan FB baby... Sbg tanda penghargaan, baby abadikan ia di dalam blog baby....

Tuesday, April 13, 2010

♥ Berikan aku kesempatan wahai Tuhan ku ♥

14hb April 2010...

Seusai aku membaca satu blog dari seorang remaja yang ku rasakan lebih muda dari usia ku, hati ku menjadi sayu dan tidak keruan... Kisah hidup remaja itu dan sahabat ku adalah sama... Remaja itu menghitung hari... Kini hanya tinggal 106 hari sahaja lagi... Bagaimana pula dengan sahabatku??

Ya Allah, peritnya apa yang aku rasakan... Apatah lagi mereka yang diuji oleh Mu... Wahai sahabat, sungguh kuat dan tabahnya dirimu menghadapi ujian Allah ini...

Sahabat, setiap hari aku berdoa agar aku diberikan kesempatan untuk membuat kau bahagia dan gembira sebelum aku kehilanganmu... Sahabat, sejak aku mengetahui kau akan pergi meninggalkan aku, setiap hari2 yang aku lalui bagaikan suram... Bagaikan siang tanpa matahari dan bagaikan malam tanpa bulan dan bintang...

Sahabat, mampukah aku hidup tanpa kasih sayang mu lagi... Mampukah aku ketawa tanpa usikan manja mu... Mampukah aku bangun semula tanpa sokongan mu???

Sahabat, diri ini terlalu menyayangimu... Kau sahabat dunia akhirat ku... Sahabat, aku mahu setabah dan sekuat hatimu... Aku tidak mahu lemah... Aku mahu kuat kerna aku tahu kau perlukan aku ketika ini...

Sahabat ketika dikau menyatakan dirimu takut untuk menghadapi detik dan saat untuk kembali kepada Pencipta mu, aku menjadi begitu gusar... Sahabat aku belum puas tuk bermanja dengan mu... Bagaimana harus aku terima hakikat ini???

Sahabat, tiap solat ku tidak pernah sesekali aku lupa untuk mendoakan agar kita sempat tuk menghabiskan masa bersama... Aku mahu di sisi kau ketika saat itu... Aku mahu susah dan senang kita bersama.. Tidak akan sesekali aku meninggalkan dirimu... Itu janjiku pada mu...

Ya Allah, aku tahu bahawasanya segala putaran hidup kami telah Engkau rencanakan... Aku pohon agar aku diberikan kesempatan untuk membahagiakan sahabat ku walaupun hanya untuk sesaat... Kuatkan dirinya, Ya Allah...

Untuk sahabat : Ketahuilah aku ikhlas dan jujur menyayangimu... Kaulah sahabatku dunia & akhirat...

Saturday, April 3, 2010

♥ Coretan buat sahabatku ♥

Sejak aku tau mengenai keadaan dier yg sebenarnya, aku jadi begitu sedih.. Sedaya upaya aku berusaha tuk tampak gembira pabila di sisinya... Aku perlu kuat kerna aku tahu dia amat memerlukan aku skrg... Jika aku lemah, tentu sekali dier pun akan bertambah2 lemah...

Baru2 nie dier demam... Hati aku gusar sgt... Adakah dier semakin lemah??? Adakah aku akan kehilangan dier??? Masih adakah peluang tuk aku bahagiakan dier??? Ya Allah.. Aku belum bersedia... Aku sayangkan dier....

Dulu ketika aku dalam kesulitan, dier lah yg byk memberi sokongan & semangat tuk aku mulakan hidup baru... Kini, dlm keadaan dier sebegini, aku perlu sentiasa di sisi nya.. Bukan tuk hanya membalas jasanya... Tetapi, dier begitu istimewa dlm hdp ku... Dier la teman ku dlm suka & duka... Dier la tempat tuk aku bermanja & mencurahkan segala isi hati ku... Dier lah antara insan yg begitu byk mewarnai hidup aku setelah aku jatuh tersungkur suatu ketika dulu...

Wahai sahabat, aku merindui usikanmu, senyumanmu, telatahmu dan cawat mu yg besar tue... Aku rindukan suara mu yg memanggil ku ngn penuh kelembutan & kasih sayang.... Masih terngiang2 di telinga ku.... "Babyyyy... babyyyyy...." Sahabat, jgn lah dikau berputus asa... Baby akan sentiasa di sisi mu... Walaupun Baby tahu, Baby x mampu tuk panjangkan usia mu, namun Tiap solatku, tidak lekang lidah ini memanjatkan doa agar Allah memberi kesempatan kpd Baby tuk bahagiakan mu & semoga Allah memanjangkan usiamu... Baby tahu kau takut tuk menghadapi ini semuakan... Baby akan sentiasa di sisimu.. Itu janji ku padamu...

Sahabat, kaulah sahabat dunia akhiratku... Sahabat, semoga kau pulih yeah... Jgn putus asa... Jika kau perlukan teman ketika kau menghadapi kesengsaraan itu, aku akan berada di sisi mu.... Tak kan ku biarkan kau menangggung seksa sakit ini berseorangan... Inilah janjiku padamu... Baby sayang sahabat sgt2... Cepat sembuh eik.. Makan ubat.. Buat terapi... Tunggu Baby datang tau....