15hb April 2010...
Dikala hati bermuram durja... Dikala jiwa meronta2... Dikala perasaan marah & kecewa menguasai diri... Dikala mata menitiskan air mata... Pagi ini, aku dikhabarkan dgn brita gembira... Benarlah kata pujangga, bahawasanya dikala Allah turunkan hujan, maka sesudah hujan itu melaksanakan tugasnya maka Allah kurniakan pelangi yang cukup indah untuk tatapan makhlukNya... Wajah keriangan jelas terpancar seiring dengan terbitnya sang Pelangi... Cukup indah... Subhanallah...
Begitulah juga dengan realiti kehidupan kita... Dikala kita diuji dengan pelbagai ujian dari Nya, Dia sudah merencanakan semua yg terbaek buat kita... Pelbagai ganjaran diberikan oleh Yang Maha Esa diatas kesabaran kita menghadapi ujian itu...
Alhamdulillah, aku telah tersenarai di dalam senarai beribu2 mereka yang akan menduduki ujian MEDSI... Terima kasih Ya Allah... Begitu bermakna hadiah Mu ini... Walaupun, aku belum tentu berjaya di dalam ujian ini, namun aku yakin Allah telah merancang sesuatu yg terbaek buat diri ku...
Semoga impian aku untuk menjadi seorang pendidik akan dapat aku realisasikan dengan berkat doa semua... Doakan kejayaan aku...