Tuesday, April 13, 2010

♥ Berikan aku kesempatan wahai Tuhan ku ♥

14hb April 2010...

Seusai aku membaca satu blog dari seorang remaja yang ku rasakan lebih muda dari usia ku, hati ku menjadi sayu dan tidak keruan... Kisah hidup remaja itu dan sahabat ku adalah sama... Remaja itu menghitung hari... Kini hanya tinggal 106 hari sahaja lagi... Bagaimana pula dengan sahabatku??

Ya Allah, peritnya apa yang aku rasakan... Apatah lagi mereka yang diuji oleh Mu... Wahai sahabat, sungguh kuat dan tabahnya dirimu menghadapi ujian Allah ini...

Sahabat, setiap hari aku berdoa agar aku diberikan kesempatan untuk membuat kau bahagia dan gembira sebelum aku kehilanganmu... Sahabat, sejak aku mengetahui kau akan pergi meninggalkan aku, setiap hari2 yang aku lalui bagaikan suram... Bagaikan siang tanpa matahari dan bagaikan malam tanpa bulan dan bintang...

Sahabat, mampukah aku hidup tanpa kasih sayang mu lagi... Mampukah aku ketawa tanpa usikan manja mu... Mampukah aku bangun semula tanpa sokongan mu???

Sahabat, diri ini terlalu menyayangimu... Kau sahabat dunia akhirat ku... Sahabat, aku mahu setabah dan sekuat hatimu... Aku tidak mahu lemah... Aku mahu kuat kerna aku tahu kau perlukan aku ketika ini...

Sahabat ketika dikau menyatakan dirimu takut untuk menghadapi detik dan saat untuk kembali kepada Pencipta mu, aku menjadi begitu gusar... Sahabat aku belum puas tuk bermanja dengan mu... Bagaimana harus aku terima hakikat ini???

Sahabat, tiap solat ku tidak pernah sesekali aku lupa untuk mendoakan agar kita sempat tuk menghabiskan masa bersama... Aku mahu di sisi kau ketika saat itu... Aku mahu susah dan senang kita bersama.. Tidak akan sesekali aku meninggalkan dirimu... Itu janjiku pada mu...

Ya Allah, aku tahu bahawasanya segala putaran hidup kami telah Engkau rencanakan... Aku pohon agar aku diberikan kesempatan untuk membahagiakan sahabat ku walaupun hanya untuk sesaat... Kuatkan dirinya, Ya Allah...

Untuk sahabat : Ketahuilah aku ikhlas dan jujur menyayangimu... Kaulah sahabatku dunia & akhirat...

0 comments:

Post a Comment