Monday, March 22, 2010

♥ Jodoh ♥

"Boleh jadi kamu SUKA seseorang
tetapi Allah telah menetapkan ia TAK BAIK untuk mu…
dan boleh jadi kamu BENCI seseorang
padahal Allah telah menetapkan ia BAIK untuk mu..
Redha tak semudah melafazkannya
tetapi pujuk lah hati…SETITIS ujian Allah
SEGUNUNG anugerah yang menanti di hadapannya…
Bagi hambanya yang sabar
kita hanya merancang DIA penentu segala…
kerana DIA adalah PENCIPTA
sedangkan kita hanya HAMBA…"

Sunday, March 21, 2010

♥ Doa untuk sahabat ♥



















DOA UNTUK SAHABATKU…

Ya Allah

panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah

kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya

dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,

perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya

kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia

dan akhirat


Ya Muhaimin

jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati

seseorang yang hatinya

tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang

cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling

daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia

rindu,rindukanlah dia

pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu


Ya Allah

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu

jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah

aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada

cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya

untukMu


Ya Allah…

kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,

kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.

♥ Apa salah aku??? ♥

Tanggal 21 Mac 2010...

Badan ku berasa panas... Darah ku seperti mahu mengalir keluar dari tubuh ku... Jantung ku berdegup kencang... Perlahan-lahan, air mata ku gugur jua...

Niat di hati mahu membuka Facebook untuk bersosial bersama2 teman... Namun, hati ini hancur merudum pabila terbaca beberapa komen seekor makhluk pd pics aku di dlm FB...

Darah ku menyirap... Berderu2 air mataku.... Ya Allah, begitu hinakah aku di mata makhluk tersebut?? Apa silap ku?? Apa salah ku sehingga makhluk itu sanggup mengelar ku sedemikan rupa?

Hati mana yg x hancur bile diri ini digelar sbg pelacur & pompuan murahan.... Selama hampir 25 tahun aku hidup di muka bumi Allah yang indah ini, tidak pernah sekali terlintas di kotak fikiran ku apatah lagi niat di hati ku untuk menjadi seorang pelacur... Aku dilahirkan dgn penuh didikan agama dimana ibubapa ku sendiri begitu tegas dlm mendidik ku agar menjadi insan yg berakhlak mulia... Di mana bukti nya yang dpt mengukuhkan kenyataan kau wahai seekor makhluk yg menyatakan aku nie seorg pelacur???? Aku masih suci... Aku masih waras... Aku bukan seorang perempuan yg senang2 tuk di sentuh oleh lelaki... Aku bukan seorang yg begitu murah untuk aku serahkan maruah ku pada lelaki... Gila lah aku....

Kepada makhluk itu, dunia akhirat aku tidak akan maafkan engkau... Terlalu kasar kata2 kau itu...

Thursday, March 18, 2010

♥ Aku mampu... ♥

Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan peristiwa itu berlaku, kini aku sudah mampu tersenyum & menghadapi kenyataan... Memanglah tidak dinafikan agak sukar untuk aku melupakannya. Namun, aku perlu berusaha untuk melupakanya kerna sampai bila aku mahu kecewa & merosakkan diri...

Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai peristiwa telah aku lalui... Alhamdulillah, keluarga & sahabat2 ku sering membantu aku menghadapi kekecewaan ini...

Ketika aku sakit teruk, family merawat ku... Ieja, Ezraff, Ryan, Nasrul & juga Just Ajer selalu membantu aku dengan memberi kata2 semangat & dorongan agar aku bangun semula...

Terima kasih semua di atas keprihatinan kalian semua... Tanpa sokongan kalian sudah pasti aku akan membuat perkara yang buruk apatah lagi aku rasa sudah pasti aku akan membunuh diri kerna tidak tahan dengan dugaan ini... Namun, alhamdulillah atas kasih sayang & doa kalian kini aku sudah bangkit semula & tersenyum riang... Kegagalan semalam bukan bermakna aku akan gagal tuk selamanya... Aku akan terus bangkit & memajukan diri... Aku tidak akan sesekali mahu mengecewakan kalian lagi... Kisah silam itu akan ku jadikan teladan agar ia tidak akan berulang lagi... Walau apa pun yang kita lakukan, restu keluarga amatlah penting... Buat family tersayang, maafkan yong sebab selalu buat salah & x mendengar kata... Buat sahabat2 ku, jasa kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku... Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa2 kalian pada ku. Baby syg semua... Muahh10x..

Wednesday, March 17, 2010

♥ Syifa' Batrisya ♥















Nie la Syasya... Anak buah baby... Actually, syasya nie ank kpd anak angkat abah & mak baby (kak pejah & abg din)... Comey jew kan... Geram sgt.. Nak dpt anak sendiri xtau la biler kan... So, syasya la tempat nak bermaen & di manjakan pun... Syasya sekrg dah pandai jalan... Rindu nyew kat syasya.. t tunggu mak long datang penang eik.. Kite shopping.... Yeah5.... Muarh100x...

Monday, March 15, 2010

♥ Nak cute seperti Baby??? ♥

1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x

Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.

3. Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.

Sedikit tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

Sekian, selamat beramal.

♥ 18 & over ♥


Bagi suami isteri - elakkan dari memakan bahan-bahan berikut: a) Ajinomoto & seangkatan dengannya b) cili @ tomato sos - kandungan ada angkatan ajinomoto c) tomato d) taugeh e) peria yg beli kat pasar - tanam sendiri ok f) kobis g) makanan laut - kerang, sotong, ikan bakar h) makanan yang dibakar terus (direct) dengan api - ikan bakar, satay

Amalkan amalan berikut, selepas solat atau bila-bila masa & ketika dimana jua:
a) Istigfar b) Subhanallah c) Alhamdulillah d) Allah hu Akbar e) Selawat keatas Nabi Muhammad SAW Ketika mandi: a) jirus tepat diatas kepala (bukan diubun-ubun) dengan niat mohon supaya dikeluarkan segala penyakit, angin & darah kotor, hati busuk, disihatkan tubuh badan & hati & dll. - iring sekali dengan selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati) b) cuci pusat dengan diiringi selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati)
____________________________________________________________________

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

FAHAMI KITARAN HAID

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Selamat Mencuba!
____________________________________________________________________

Dipetik dari satu laman blog....