♥Being deeply loved someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage♥
Ya Allah, serabut nyew kepala aku nie... Apa yg patut aku lakukan... Apa yg patut aku katakan...
____________________________________________________________________
Mak selalu tanye aku dah ada pengganti kew blom... Biler aku senyap jew, mst mak akan bising... Mak ckp makin ari aku nie makin tua... Memang la btoi makin ari makin tua... X penah ag aku jumpe sesiapa pun di muka bumi nie yg makin ari dier makin muda...
Dah abis dier perli2 mst aku jadi blur tuk satu ari tue... Mmmm.... Ntah la... Bukan x nak kawen tapi ati nie x terbuka lagi tuk sesiapa... Kalaulah mak faham aku kan best...
Tapi aku kena faham gak kehendak mak & family aku... Mak abah pun makin tua... Mestilah diorang nak merasa menyambut menantu & menerima cucu....
Ala... Cam ner nie... Nak buat ape nie... Serabut nyew... Mak cakap sape2 ajew yg masuk meminang aku dier akan terima.... Mati la aku... Ntah sapa2 ntah... tetiba aku kene kongsi hidup ngn dier.... Eeeee... x mau la...
Alahai... Ape la naseb aku... Ingatkan dapat kawen tahun nie ngn DIER... Tapi dah xder jodoh... Terima jew la... Org yg tabah pasti Allah lindungi... Ag pun jodoh pertemuan ajal maut sume kan Allah dah tentukan... Malas la nak pikir.... Juz follow d flow of mylife..... Aku yakin Allah dah tentukan jodoh yg lebih baek buat aku... Siapa dier???? Ntah aku pun xtau... Juz wait & see... =)
_____________________________________________________________________
DOA UNTUK SAHABATKU…
Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu
Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.
Tanggal 21 Mac 2010...
Badan ku berasa panas... Darah ku seperti mahu mengalir keluar dari tubuh ku... Jantung ku berdegup kencang... Perlahan-lahan, air mata ku gugur jua...
Niat di hati mahu membuka Facebook untuk bersosial bersama2 teman... Namun, hati ini hancur merudum pabila terbaca beberapa komen seekor makhluk pd pics aku di dlm FB...
Darah ku menyirap... Berderu2 air mataku.... Ya Allah, begitu hinakah aku di mata makhluk tersebut?? Apa silap ku?? Apa salah ku sehingga makhluk itu sanggup mengelar ku sedemikan rupa?
Hati mana yg x hancur bile diri ini digelar sbg pelacur & pompuan murahan.... Selama hampir 25 tahun aku hidup di muka bumi Allah yang indah ini, tidak pernah sekali terlintas di kotak fikiran ku apatah lagi niat di hati ku untuk menjadi seorang pelacur... Aku dilahirkan dgn penuh didikan agama dimana ibubapa ku sendiri begitu tegas dlm mendidik ku agar menjadi insan yg berakhlak mulia... Di mana bukti nya yang dpt mengukuhkan kenyataan kau wahai seekor makhluk yg menyatakan aku nie seorg pelacur???? Aku masih suci... Aku masih waras... Aku bukan seorang perempuan yg senang2 tuk di sentuh oleh lelaki... Aku bukan seorang yg begitu murah untuk aku serahkan maruah ku pada lelaki... Gila lah aku....
Kepada makhluk itu, dunia akhirat aku tidak akan maafkan engkau... Terlalu kasar kata2 kau itu...
Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan peristiwa itu berlaku, kini aku sudah mampu tersenyum & menghadapi kenyataan... Memanglah tidak dinafikan agak sukar untuk aku melupakannya. Namun, aku perlu berusaha untuk melupakanya kerna sampai bila aku mahu kecewa & merosakkan diri...
Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai peristiwa telah aku lalui... Alhamdulillah, keluarga & sahabat2 ku sering membantu aku menghadapi kekecewaan ini...
Ketika aku sakit teruk, family merawat ku... Ieja, Ezraff, Ryan, Nasrul & juga Just Ajer selalu membantu aku dengan memberi kata2 semangat & dorongan agar aku bangun semula...
Terima kasih semua di atas keprihatinan kalian semua... Tanpa sokongan kalian sudah pasti aku akan membuat perkara yang buruk apatah lagi aku rasa sudah pasti aku akan membunuh diri kerna tidak tahan dengan dugaan ini... Namun, alhamdulillah atas kasih sayang & doa kalian kini aku sudah bangkit semula & tersenyum riang... Kegagalan semalam bukan bermakna aku akan gagal tuk selamanya... Aku akan terus bangkit & memajukan diri... Aku tidak akan sesekali mahu mengecewakan kalian lagi... Kisah silam itu akan ku jadikan teladan agar ia tidak akan berulang lagi... Walau apa pun yang kita lakukan, restu keluarga amatlah penting... Buat family tersayang, maafkan yong sebab selalu buat salah & x mendengar kata... Buat sahabat2 ku, jasa kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku... Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa2 kalian pada ku. Baby syg semua... Muahh10x..
Nie la Syasya... Anak buah baby... Actually, syasya nie ank kpd anak angkat abah & mak baby (kak pejah & abg din)... Comey jew kan... Geram sgt.. Nak dpt anak sendiri xtau la biler kan... So, syasya la tempat nak bermaen & di manjakan pun... Syasya sekrg dah pandai jalan... Rindu nyew kat syasya.. t tunggu mak long datang penang eik.. Kite shopping.... Yeah5.... Muarh100x...
1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.
2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.
3. Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.
Sedikit tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.
Sekian, selamat beramal.
Bagi suami isteri - elakkan dari memakan bahan-bahan berikut: a) Ajinomoto & seangkatan dengannya b) cili @ tomato sos - kandungan ada angkatan ajinomoto c) tomato d) taugeh e) peria yg beli kat pasar - tanam sendiri ok f) kobis g) makanan laut - kerang, sotong, ikan bakar h) makanan yang dibakar terus (direct) dengan api - ikan bakar, satay
Amalkan amalan berikut, selepas solat atau bila-bila masa & ketika dimana jua: a) Istigfar b) Subhanallah c) Alhamdulillah d) Allah hu Akbar e) Selawat keatas Nabi Muhammad SAW Ketika mandi: a) jirus tepat diatas kepala (bukan diubun-ubun) dengan niat mohon supaya dikeluarkan segala penyakit, angin & darah kotor, hati busuk, disihatkan tubuh badan & hati & dll. - iring sekali dengan selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati) b) cuci pusat dengan diiringi selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati)
____________________________________________________________________
MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
FAHAMI KITARAN HAID
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Selamat Mencuba!
____________________________________________________________________
Dipetik dari satu laman blog....
Nie pun antara artikel yang baby suke... Walaupun baby belum berkahwin tapi baby rase dari sekarang lah baby perlu membuat persiapan dari segi fizikal & juga mental.. Jom kite terjah apakah petua tuk dikasihi suami...
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku”.
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata’ inginkanseseorang yang dapat membantu’, jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.
17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
Artikel nie baby ambil dari sebuah website... Ia agak menarik dan patut diamalkan..
Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?
Petuanya ialah, “INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara” ;
- INGAT (1)
Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.
- LUPA (1)
Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.
- INGAT (2)
Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.
- LUPA (2)
Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.
Kalau dapat amal petua “INGAT 2, LUPA 2″ ni, insyaAllah saya jamin, anda akan dapat hidup lebih bahagia. InsyaAllah, sama-samalah kita amalkan.
Artikel nie Baby ambil dari http://pakarhowto.com/
Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.
Begitulah beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dengan dia?
Kalau ya, Alhamdulillah, bincanglah dengan keluarga untuk buat apa yang patut. Kalau anda lelaki, berkira-kira lah untuk hantar rombongan merisik. Dan kalau perempuan, nyatakanlah pada pasangan anda bahawa, keluarga anda sudah ‘buka pintu’ dan bersedia menerima rombongan pada bila-bila masa saja. InsyaAllah, itulah jodoh anda.
Petua ini Baby dapat dari satu artikel yang Baby baca... Semoga ia dapat membantu anda...
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).
Tanggal 14hb Mac 2010
Sedang leka kami menikmati keindahan laut Teluk Batik sambil berjalan2 di sepanjang pantai, tiba2 mata terpaku pada suatu sudut... Eh2... Hp sape lak nie????...
Mmmm... Lantas aku pun suh la Ieja g ambil Hp tue... Konon nyew nak berbuat baek... Sepantas kilat pulak, der satu motor nie across kami ngan gaya nyew seperti mengambil sesuatu di hadapan kami... Kami menjadi terpinga2...
Ahh pedulilah ngn mereka... Fikir aku... Kami pun mencari suatu ruang supaya dpt mengamati milik siapakah HP ini...
Sedang leka membelek2 HP tersebut, tiba2 HP itu berbunyi... "I I captain....." Mak aii.... Main lagu spongebob la pulok... Ieja pun menjawab panggilan tersebut... Sepanjang sesi conversation tersebut, kami membuat perjanjian tuk bertemu ngn owner HP tuk kembalikan barang nyew semula.. Hati merasa lega... Yew la amanah yg di pikul akan dikembalikan... Sedang leka kami berborak sambil menanti pasangan kekasih itu (merangkap owner HP), tiba2 datang seorang remaja lelaki...
"Mmm... Tadi der jumpe HP kan?", kate remaja itu.. "Yea", jawab Ieja sambil terpinga2... Aku pulak seperti menonton drama...
Sepanjang perbualan antara Ieja & remaja itu, timbul bermacam persoalan di kotak fikiran ku... Remaja itu mengakui HP itu milik kawan nyew... Ieja berasa was2 tuk memberikan HP itu... Namun, remaja itu dapat menyakinkan Ieja, bahawa HP itu memang milik kawan dier.. Lantas, Ieja pun memberikan HP tersebut kpd remaja itu... Remaja itu terus blah cam tue ajew...
Wah... Sungguh kurang ajar la remaja itu... dah la kite jumpe Hp tue... Bukan nak ucapkan terima kasih... Kate aku kpd Ieja... Sedang kami berbahas2 mengenai HP & remaja lelaki tadi, tiba2 mata kami tertumpu pada pasangan kekasih yg melalui di hadapan kami...
"Anna, ko nampak x?", kate Ieja kpd aku... Aku hanye mampu menganggukkan kepala kerna lidah ku kelu... Pasangan itu menuju ke tempat yg telah kami janjikan tuk mengambil HP..
Jelaslah di sini, kami sudah di tipu... Rupe2 nyew remaja lelaki itu bukan lah rakan kpd mangsa.... Tetapi, lelaki yg bermotor yg across di hadapan kami yg mengambil sesuatu di hadapan kami.... Kini, baru kami tahu bahawa sesuatu itu ialah HP jugak.. Mangsa kehilangan 2 HP... Patutlah remaja tue x ucapkan terima kasih kpd kami... Cis... Konon nak buat baek... Last2, kami turut tertipu.... Rase bersalah pd mangsa amat menebal...
Pengajaran nyew, buat baek berpada2 buat jahat jgn sekali... Nak buat baek pun usul periksa & jgn terlalu yakin @ percaya kpd raut wajah mereka yg seolah2 mulia...
13hb Mac 2010..
Huhhh... Lega sungguh hati ku ini... Pagi tadi direct 2 jam 1/2 menjawab soklan MTEST... Soklan leh tahan mencabar gak la.. Aku dah berusaha ngan bersungguh2.. Tawakal jew la.. Hopefully, aku berjaya dlm MTEST kali nie.. Amin...
" Guru merupakan seorang pendidik, di mana beliau mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna & menjadi contoh yang baik kepada anak didiknya"
Tanggal 11hb Mac 2010 merupakan satu hari yang amat bermakna dlm hdp aku... Setelah hampir 6 bulan kami membela Nur & Adam ( pasangan arnab pertama yg kami bela), akhir nyew Nur selamat melahirkan cahaya mata mereka yg pertama... Namun, kegembiraan itu kami rai cume untuk seketika.. Tidak sampai 1 jam baby Nur dilahirkan, baby Nur mati... Ahhh sedih nyew... Aku baru nak hepi2... Dah la Nur lahirkan hanye seekor saje anak... Buat baby Nur, may b kau tidak ditakdirkan untuk hdp bersama kami... Aku redha.. Walau apa pun, kami syg baby Nur...
Jantung berdegup kencang ketika membaca msg dari Kak Nani... "Yana, dpt x panggilan MTEST 13.3 nie?"... Cuak... Memang aku cuak... walaupun ini hanye lah baru ujian tapi yg aku dgr cite, bukan sume yg apply tahun nie akan dpt g ujian MTEST tue... X keruan aku dibuat nyew.. Ya Allah, adakah aku tergolong dalam golongan mereka yg bertuah itu???
Aku kuatkan semangat untuk membuat semakan melalui SMS... Bismillah... Bismillah.. Allah humma yasir wala tua'sir ya Allah...
Hureyyyyy!!!!! Alhamdulillah, aku dapat g MTEST tue... Terima kasih Ya Allah.... Permudahkanlah segala perancangan ku & bantulah aku dlm menjdi insan yg cemerlang, gemilang & terbilang...
Kpd sume rakan2 seperjuangan yg dpt menduduki ujian MTEST nie,buat yg terbaek eik... Baby doakan semga kite sume berjaya amin....
Selama ini, aku hanya dapat merasai kesakitan mereka yg kecewa apabila insan yg mereka sayangi dirampas pabila menonton drama2 di kaca TV atau pabila mendengar kisah cinta rakan2 yg kecundang akibat pihak ke3... Namun, kini aku sendiri dapat merasainya.. Pedih memang pedih.. Kecewa memang teramat kecewa... Sakit hati & benci memang tidak terkira... Pabila sume nie berlaku ke atas diri ku, barulah ia sedikit sebanyak membuka mata ku mengenai realiti kehidupan.. Selama ini aku hanya berada dalam dunia fantasi ku di mana sume nyew indah belaka... Tiada pendustaan & kekecewaan.. Hanye wujud kasih sayang, kejujuran, & kenikmatan berpasangan... Namun, kini aku merasai kepahitan bila insan yg benar2 kite sayangi & percaya akan kejujuran nyew, melukai hati aku... Sakit nyew hanya tuhan saja yg tahu... Namun begitu, aku kini sedar bahawa diri ku sendiri tidak sempurna & serba kekurangan serta lemah... Aku tidak menjatuhkan hukum bahawa dier 100% bersalah di atas apa yg berlaku dlm hubungan kami... Kerna, aku jua bersalah... Kini, dengan pengalaman ini ia mengajar ku erti kesetiaan, kejujuran & kasih sayang... Ia mengajar ku untuk tidak menyayangi seseorg itu dgn sepenuh jiwa kerna dier bukan milik ku 100%... Walau bagaimanapun, aku faham akan derita nyew hati seseorg pabila kita didustai & dier dirampas oleh mereka yg bergelar PERAMPAS... Aku percaya, bahawasanya hdp ini penuh dgn karma.. Setiap perbuatan ada pembalasan nyew.. Aku redha... Aku pasrah...
Setiap kali org bertanya mengenai status aku sama ada aku single @ sudah berpunya, pasti luka di hati berdarah kembali... Kalo lah mereka paham akan penderitaan yg aku alami selama ini... Pabila lidah ini menyatakan kebenaran bahawa aku single, jawapan yg sama pasti akan ku terima.. Mereka x mahu percaya kata2 ku bahawa aku single.. Jawapan yg bagaimana harus ku berikan lagi.... Sejujurnya selama 10 tahun aku menjadi kekasih kpd seseorg yg ku anggap akan memberikan ku kebahagiaan... Selama 364 hari, aku bergelar tunang kepada seseorg yg ku sangkakan akan hdp semati dgn aku... Namun, semua itu hanye tinggal kenangan... 2010, aku adalah seorg gadis yg single... Tidak mempunyai teman yg istimewa dlm hdp ku... Aku mahu memulakan hdp yg baru tanpa dier di sisi... Aku mahu belajar untuk terima kenyataan bahawa semua impian ku untuk bersama nyew telah hancur... Aku harus bangun... Aku harus mulakan hidup yg baru... Aku mahu jadi Baby yg dlu yg sentiasa ceria dlm apa jua keadaan & sentiasa tabah.. Kini, aku membawa diri ku yg berstatus SINGLE....
Aku mampu menyembunyikan kesedihan ku daripada family & rakan2 ku ngn sikap ku yg sentiasa hepi... Tapi aku sendiri tidak mampu membohongi diri aku sendiri.. Apa yg aku mahukan?? Aku sangkakan diri ku mampu menghadapi perpisahan ini.. Aku fikir diriku begitu kuat untuk menghadapi kenyataan bahawa aku akan kehilangan dier... Aku beranggapan aku bukanlah seorang yg lemah... Namun, itu semuanyew palsu.. Aku tidak kuat... Aku lemah... Aku tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa aku & dier sudah tiada apa ikatan lagi.. Kecewa & hancur nyew hatiku ini.. Aku tahu setiap apa yg berlaku pasti ader hikmah nyew... Pengalaman pahit tersebut akan ku jadikan azimat yg berguna dlm memperbetulkan segala kelemahan & kesilapan ku yg dahulu... Aku juga bersalah... Kini aku perlu teruskan hidupku tanpa dier di sisi... Jika dulu, hidup ku hanye kerna untuk dier, kini aku perlu bangun untuk memperbetulkan diri ku... Setiap hari adalah hari yg baru buat ku... Belajar dari kesalahan dahulu... Demi diri ku, aku perlu mencari jawapan bagi setiap persoalan yg bermain di kotak fikiran ku....
0 comments